Aktiviti - Mesyuarat Pengurusan Mahkamah Negeri Kedah/ Perlis
Satu Mesyuarat Pengurusan Mahkamah Negeri Kedah/ Perlis telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti dibawah:
 
Tarikh: 11 Disember 2012
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Pengerusi : YA Tuan Mohd Zaki bin Abd Wahab
                    Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar
 
Selain mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, antara perkara yang dibincangkan (dipetik secara ringkas) ialah:
1) Program Mentor-mentee - dimana senarai terkini telah dikeluarkan memandangkan terdapat pertukaran pegawai-pegawai.
 
2) Alasan Penghakiman - YA-YA memaklumkan terdapat perkembangan yang menggalakkan dan pegawai-pegawai dikehendaki teruskan dengan usaha masing-masing. Pegawai-pegawai disarankan untuk lebih menumpukan alasan penghakiman kepada fakta sesuatu kes dan mengapa pegawai tersebut mencapai keputusan tersebut.  
 
3) Sasaran Pelupusan Kes - Setiap pegawai dikehendaki menyediakan maklumat terkini dan serahkan kepada Pengerusi pada atau sebelum 13.12.12, iaitu untuk kes-kes tertunggak pra 2011 bagi kes-kes jenayah dan pra 2010 bagi kes-kes sivil dengan alasan ringkas kenapa kes-kes tersebut tidak dapat diselesaikan pada atau sebelum 31.12.12 dan sasaran pelupusan kes.
 
4) Perkara-perkara lain.
 
Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang dengan ucapan ribuan terima kasih daripada YA Tuan Pengerusi. 
 
 
Ruangan Inovasi