Karnival Sukan Mahkamah Malaysia 2013
   Pada 16 Februari 2013, warga Mahkamah Negeri Kedah telah menyahut cabaran dengan menyertai Karnival Sukan Mahkamah Malaysia Zon Utara (KASUKMAZU) 2013. Karnival sukan ini dianjurkan oleh Mahkamah Pulau Pinang selaku tuan rumah. Ianya berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.
 
   Terdapat 7 acara yang dipertandingkan sepanjang KASUKMAZU 2013 berlangsung. Diantaranya ialah bola sepak, bola jaring, dart, ping pong, bola tampar (lelaki) & (wanita), badminton dan tarik tali. Di peringkat Zon Utara, hanya 3 buah negeri yang terlibat iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kesemua kontinjen yang mewakili mahkamah negeri masing-masing memberikan komitmen yang baik dan semangat kesukanan yang tinggi.
 
   Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pegawai, kakitangan dan kontinjen yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan KASUKMAZU 2013. Semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua warga mahkamah terutamanya warga Mahkamah Negeri Kedah amat dihargai dan dipuji.
 
Berikut adalah detik-detik terindah sepanjang KASUKMA 2013:
Pasukan Dart berjaya merangkul pingat EMAS
 
 
Pasukan Ping Pong berjaya merangkul pingat EMAS
 
 
Pasukan Badminton berjaya merangkul pingat PERAK
 
 
Pasukan Bola Tampar (Lelaki) berjaya merangkul pingat PERAK
 
 
 
Pasukan Bola Tampar (Wanita) berjaya merangkul pingat PERAK
 
 
 
Aktiviti: 
Sat, 16/02/2013 - 07:30 - 14:30
Ruangan Inovasi