Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Kedah. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatnya.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Kedah.  Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web rasmi ini.

Mahkamah Negeri Kedah adalah dibawah pentadbiran Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) selaku jabatan kerajaan yang bertanggungjawab membantu pentadbiran institusi kehakiman di Malaysia yang akan sentiasa mengambil pelbagai inisiatif bagi menjaga imej dan meningkatkan keyakinan orang awam terhadap badan kehakiman di Negara ini. 

Semoga para pengunjung dapat memanfaatkan laman web rasmi ini dan diharapkan agar ianya mampun menjadi medium perkongsian maklumat berguna kea rah memartabatkan institusi kehakiman di Malaysia.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan laman web rasmi ini. Sebarang cadangan dan komen untuk  menambahbaik kandungan portal ini dari masa ke semasa amat dialu-alukan. 

Selamat melayari laman web rasmi Mahkamah Negeri Kedah.

Sekian, terima kasih.