Tarikh : 17.2.2021
Perkara : Operasi Mahkamah Semasa Pelanjutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) Dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) Berkuat Kuasa Mulai 19 Februari Hingga 4 Mac 2021
YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Tuan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sebagaimana YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Tuan sedia maklum, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan pada 16 Februari 2021 telah mengumumkan kedudukan mengenai kawalan pergerakan bagi negeri-negeri di Malaysia. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Tuan perkara-perkara yang berikut:
(a) negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)–
(i) Arahan Mengenai Pengendalian Prosiding Kes Jenayah di Mahkamah Semasa Tempoh PKP (dilampirkan); dan
(ii) Arahan YAA Ketua Hakim Negara Bilangan 5 Tahun 2021Mengenai Pengendalian Prosiding Kes Sivil Di Mahkamah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (dilampirkan);
adalah terpakai sepanjang tempoh pelaksanaan PKP; dan
(b) negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)—
adalah terpakai sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB.
3. Selanjutnya, Arahan-Arahan dan Garis Panduan di atas hendaklah dibaca bersama Tatacara Operasi Standard Pencegahan Wabak Covid-19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia Bagi Pengguna Mahkamah (dilampirkan).
4. Sekiranya YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Tuan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
(a) Mahkamah Persekutuan Malaysia
Puan Nurul Husna binti Awang
Timbalan Pendaftar
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia
03-88803947 / 019-4157376 / husna@kehakiman.gov.my
(b) Mahkamah Rayuan Malaysia
Puan Norliza binti Othman
Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia
03-88804045 / 012-2367976 / norliza@kehakiman.gov.my
(c) Mahkamah Tinggi Malaya
Puan Hasbi binti Hasan
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
03-88803702 / 012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my
(d) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
Puan Amelati Parnell
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
088-286 100 / 019-8195908 / amelati@kehakiman.gov.my
(e) Mahkamah Rendah Malaya
Tuan M. Bakri bin Abd Majid
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
03-88809418 / 019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my
(f) Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak
Puan Egusra binti Ali
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah
(menjalankan tugas-tugas Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak)
088-286100 / 016-8931397 / egusra@kehakiman.gov.my
(g) Pertanyaan Berkenaan Tatacara
Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh
Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik dan Latihan PKPMP
03-88809437 / 019-2184105 / azhaniz@kehakiman.gov.my
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
t.t.
(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan