Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

TARIKH: 3 JULAI 2021

PERKARA: ARAHAN KETUA HAKIM NEGARA BILANGAN 9 TAHUN 2021 URUSAN DAN PENGENDALIAN PROSIDING KES JENAYAH DI MAHKAMAH SEMASA TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA I DAN II

 

YA-YA/ YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas serta e-mel bertarikh 29 Mei 2021.

 

2.       Untuk makluman YA-YA/ YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, selaras dengan pengumuman mengenai operasi perbicaraan kes jenayah di Mahkamah sepanjang tempoh Fasa I Pelan Pemulihan Negara pada 2 Julai 2021, adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk melampirkan bersama-sama ini Arahan Ketua Hakim Negara Bilangan 9 Tahun 2021 Urusan dan Pengendalian Prosiding Kes Jenayah di Mahkamah Semasa Tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa I dan II untuk perhatian dan tindakan YA-YA/ YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan.

 

3.       Sehubungan dengan itu, semua arahan berkaitan kes jenayah dalam e-mel bertarikh 29 Mei 2021 bertajuk Operasi Mahkamah Semasa Pelaksanaan 'Total Lockdown' Fasa Pertama Berkuat Kuasa Mulai 1 Jun 2021 adalah terbatal.

 

4.       Untuk apa-apa pertanyaan, pihak YA-YA/ YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

 

(a)          Mahkamah Persekutuan

Puan Nurul Husna binti Awang

Timbalan Pendaftar

03-88803947 (pejabat)/ 019-4157376 (telefon bimbit)

husna@kehakiman.gov.my

 

(b)          Mahkamah Rayuan

Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Rayuan

03-88804045 (pejabat)/ 012-2098648 (telefon bimbit)

hasbi@kehakiman.gov.my

 

(c)          Mahkamah Tinggi Malaya

Puan Zaharah binti Hussain

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

03-88803702 (pejabat)/ 012-4011100 (telefon bimbit)

zaharah@kehakiman.gov.my

 

(d)          Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Tuan Nixon Kennedy Kumbong

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

088-286100 (pejabat)/ 013-8042607 (telefon bimbit)

nixon@kehakiman.gov.my

 

(e)          Mahkamah Rendah Malaya

Tuan M. Bakri bin Abd Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

03-88809418 (pejabat)/ 019-9851333 (telefon bimbit)

mbakri@kehakiman.gov.my

 

(f)            Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

Puan Egusra binti Ali

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah

Menjalankan tugas-tugas Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

088-286100 (pejabat)/ 016-8931397 (telefon bimbit)

egusra@kehakiman.gov.my

 

(g)          Pertanyaan Umum

Unit Komunikasi Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

komunikasikorporat@kehakiman.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

 

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia